Assalammualaikum..
Jadi seperti yang dinyatakan oleh Assad, minggu lepas aku pergi melawat dia dengan baby dia.
Tak rancang sebenarnya, kebetulan ada majlis kahwin dekat Skudai, jadi alang-alang dah menghala ke sana, pergi jelahkan. Akak aku pun redha je kena teman walaupun ngantuk-ngantuk sebab semalam kerja shift malam. Demi Assad. =)
Pagi tu dah mesej Assad cakap nak datang dalam pukul 4. Dia cakap ada je kat rumah. Gerak dari majlis kahwin kat Skudai dalam pukul 3 lebih. Singgah Jusco Taman U kejap beli barang barulah bertolak ke rumah Assad.
Pasir Gudang dalam sejam je kalau dari bandar JB. Tapi disebabkan traffic jam + tersalah masuk lorong, dalam pukul 5 lebih juga baru sampai rumah Assad. Dah nak dekat sampai, dia mesej. Macam psikik je dia ni.
Eh, boleh plak dia tak percaya. Terus call. Aku suruh dia tunggu depan pintu pagar, sebab aku kat lorong sebelah je. Sampai-sampai tak ada pun orang tunggu depan rumah. Telefon dia lagi, dia cakap masuk je.. Okey, kita masuk je.
Tengok Assad tak ada. Ada isteri dia dengan akak ipar dia je. Segan okey. Nasib baik bawak kakak aku. Isteri dia cakap dia keluar kejap beli barang. Eh, masa nilah baru nak beli barang?. Masa isteri dia buat air, aku sempat ambil gambar dengan Danish yang nyenyak sangat tidur..
Danish!! Cik Qiah berjaya sampai.. Yeeha..
Isteri Assad dah habis buat air, dia tak muncul-muncul lagi. Terus je aku mesej.
Selepas bergaduh macam biasa, bini dia datang bawak air. Koreklah cerita macam mana boleh kenal, dah lama ke, kenapa letak nama anak Danish & bla bla bla.. Pandai betul bini dia jawab, 'Tu kena tanya Assadlah.'
Habis modal nak jadi Kiah Propa.
Last sekali isteri dia borak dengan akak aku yang pregnant pasal baby..
Eh, lupa. Nama isteri Assad, Liza. Umur 26 tahun. Asal Terengganu.
Rumah tu rumah akak Liza, dia berpantang kat sini.
Dalam 10 minit macam tu barulah Assad sampai. Dia pun malas nak jawab soalan-soalan aku. Hehe.. Bila aku cakap tak pernah pun nampak gambar kahwin, Assad terus tunjuk kat hp dia. Ingat nak rembat, tapi.. Suami orang tu, walaupun depan bini dia takkan aku suka-suka nak transfer dari hp kan? Tak pe, nanti suruh Assad uploas sendiri kat group.
Korek-korek, last skali dapat tahu yang diorang berkenalan dekat Pasir Gudang juga.. Lepas tu mak mertua dengan akak ipar Assad pun sampai.. Rasa pelik. Nak berborak pun rasa segan. Pukul 6 lebih, terus minta balik. Assad boleh cakap, 'Segan ler tu..'.. Mestilah segan..
Hehe.. Masa nak masuk kereta tulah dia cakap. 'Tak nak amik gambar ke?'
Haha, aku dah gelak dah. Memang nak ambil, tapi segan. Nasib baik dia memahami.
Assad tanya, 'Cantik tak Kak Long?' hehehee..
Aku cakap, 'Tak mengecewakan..'
Apa-apa jelah Labu..
Masa kat dalam rumah, Liza tanya Danish ikut muka sapa, aku cakaplah muka dia. Tapi Liza cakap muka Assad. Tapi masa kat luar, Assad cakap ikut muka bini dia.
Okey, teka teki hari ni, Danish ikut muka siapa?
Masa on the way balik, Assad mesej..
Hehe, masing-masing lama tak jumpa. Last jumpa masa tauliah 2010. Hampir 3 tahun kot. Memang mula-mula tadi rasa awkward, lama-lama okey dah. Akak aku siap cakap, rapatnya korang.. Aku sengih je..
Lastly, Tahniah Assad. Jaga Kak Long elok-elok.. Senang-senang bawaklah Danish jalan-jalan jumpa kitorang.. (^.^)\/..