Assalammualaikum..
Hehehe..
Dah tak tahu dah macam mana nak cite untuk minggu keempat ni.
Seperti yang sedia maklum, latihan tempatan minggu ketiga kitorang tak datang sebab balik kampung untuk raya haji.
Untuk minggu keempat ni pun kitorang datang hari ahad je..
Okay, tanpa melengahkan masa jom tengok aktiviti hari ahad!!
Dua minggu pertama, diorang buat PT pagi kat padang perindu..
Dan2, minggu ni tukar angin balik kat pool.
Nasib baik ada semboyan Ojan yang beritahu..
Dan nasib baik sempat join diorang PT pagi lari seround dua pool..
Masa ni dah cooling down..
Bahagia je dak Ila ni kepakkan kaki orang..
Lepas PT, tanpa buang masa aktiviti yang dinantikan.. makan..
Kadet semua macam biasa kena balik, mandi tukar baju dulu baru makan..
Kitorang lah perasminya.. =)
Banyak gila makanan..
Ada koko krunch ngan susu, minuman bijirin oat, kueyteo goreng, scramble egg..
Ni PT tadi macam tak de effect je..
Alhamdulillah, rezeki..
Lepas sarapan, semua peringkat ada kelas..
Inter dengan senior kelas kat atas bukit..
Marilah kita join diorang..
Senior belajar survival..
Inter belajar pasal kubu..
Bila pusing-pusing atas tu nampaklah bekas kubu2 peperangan..
Pergh, gilalah!!
Zaman kita mana ada benda ni..
Pondok kebanggaan pun dah entah kemana..
Nampak tak berapa dalamnya kubu ni digali?
Memang siapa pernah gali kubu tahulah azab nak menggalinya..
Boleh keluar air mata darah..
Bila fikir balik, macam seram je zaman kadet..
(>.<)
Sebaik je matahari naik atas kepala, kitorang pun mencari port yang sejuk sikit..
Marilah join junior belajar kat kelas beraircond =)
Inter ngan senior kat atas siap buka pakaian luar sebab panas..
Diorang tengah belajar formasi seksyen..
Bagus gak join nak refresh banyak benda yang dah lupa..
Hehehe..
Untuk mendapatkan feel seolah-olah berada dalam formasi ketika berperang, diorang kena loreng kat muka..
Eh, eh..
Pakai apa?
Aku ingatkan arang..
Rupa-rupanya eye-syadow..
Untung kadet sekarang..
Kita dulu kena cari arang sendiri atas bukit, kena lumur kat muka sampai tak dikenali, lepas tu tak boleh basuh muka sampailah balik kolej..
Tapi bak kata jurulatih, sekarang mana nak dapat arang, orang pakai dapur gas je..
*okeh..
Kadet Junior lelaki yang excited..
Siap ada tambah2 lagi..
Nampak lagi macho ea ada loreng2 kat muka?
Hehehe..
Petang sukan..
Tapi cuaca seolah mencemburui..
Hujan rintik2 dari pukul 2.30 lagi..
Kitorang lepak kat ofis tolong isi buku gaji..
Lepas habis keje baru jenguk kadet kat Pusat Sukan..
Kuat semangat diorang hujan2 main bola tampar..
Mula-mula gerimis okeylah kan..
Ni dah lebat sikit pun main juga..
Esok, jangan nak ponteng kelas lak ye??
Makan malam paling best..
Chicken Chop..
Hehehe..
Okay, mungkin aku tak mention sebelum ni.
Dulu kita amik makan kat subang base kan?
Sekarang ada katering dah..
Diorang yang masakkan makanan ikut barang basah apa yang dapat..
So, biasanya kalau ada chicken chop ada aiskrim,
tapi kali ni takde..
Tu je nak cakap \/(^.^)
Minggu depan minggu last latihan tempatan..
Marilah semua kita turun memeriahkan latihan..
Nak tunggu latihan tempatan seterusnya tahun depan..