Thursday, November 26, 2015

Terengganu Kita =)

Assalammualaikum..

Fuh.. Fuh.. 
Mari kita tiup habuk yang bersarang kat blog ni..

Mungkin sapa yang pernah buat blog tahu berapa lamanya nak siapkan satu post. Idea nak tulis dah ada, tapi bila nak tulis..satu apa pun tak keluar..

Post ni dah berzaman jadi draft, baru sekarang ada mood nak tulis..
Tu pun bersebab..

Personally, aku dari dulu nak g rumah korang semua.
Dapat jejak depan rumah pun jadi..
Tapi mungkin belum rezeki lagi.

Jadi, bila Fiza ajak (kitorang yang tak malu nak ikut) balik Terengganu, bersinar-sinar mata..

Terengganu, here we come!!

Bila ni?

Rasanya bulan 9 2014..
Haha, nampak tak lama sangat sampai bulan pun tak ingat.
Tapi yang penting bukan musim tengkujuh..

Masa ni Afiqah & Fiza duduk satu rumah kat Seksyen 7..
Jadi, kitorang gerak dari sana pergi Terengganu..

Perjalanan 3 jam melalui tol.
Tiga jam lagi lalu jalan dalam sebelum sampai ke 
Kampung Rhu Renggeh, Marang, Terengganu. 

Sampai-sampai je, parents Fiza ajak g wedding..
Pertama kali pergi wedding kat Terengganu..
Lauk kampung, nyum nyum..

Dan memandangkan kitorang datang nak jalan2, memang takdelah bawa baju kurung. Jadi merembat baju kurung Fiza..
Nasib baik sama saiz..

Lepas wedding, kitorang g Taman Tamadun Islam..
Cantik gila ok..
Memang berbaloi jalan dalam tu..





Bila panas kat luar, boleh masuk bangunan @ replika masjid tengok tayangan sejarah masjid tu dalam keadaan berhawa dingin..
Tapi tak semua bangunan ada paparan..

Silalah pergi, tak rugi.

Penat jalan terus minum coconut shake kat luar..






Balik tu, semua kepenatan..
Makan malam kat rumah Fiza..
Keropok lekor home made..
Mu ada?

Bila Fiza cakap rumah dia dekat dengan laut, aku skeptik sikit..
Dekat mana?
Rumah dia kawasan macam rumah taman, depan jalan besar..


Pagi tu konon nak tgk sun rise, tapi..
Walaupun lambat, pergi juga..
Nak mandi laut..
Rupa-rupanya mmg dekat..
Dalam 100 meter je dari rumah dia..

Yeah, mari kita terjun..

Kalau Fiza tak suruh balik, memang tak balik..
Hahaha..



Sampai rumah, mak Fiza dah siap macam2..

Nasi minyak.
Acar.
Ayam masak merah.
Ikan masak merah.
Jeruk bawang putih.
Sotong Sumbat.

Menangis bila ingat balik..
Sedap sangat..

Aku pertama kali makan sotong sumbat..
Dia makanan savori, tapi rasa dessert..

Mula-mula nak makan ke tak, nak makan ke tak..
Bila makan, walawei..
Makcik, minta resepi..





Lepas solat, kitorang jenguk makcik Fiza yang tak sihat..
Peramah okay..
Pintu berwarna-warni bawah ni pintu rumah dia..

Petang tu pergi pantai lain plak..
Haha, fail aku ni..
Pantai Air Papan kot namanya..
Pasir dia bukan main lembut..
Tapi sebab dah nak maghrib, main kat gigi-gigi air je..

Malam g menyibuk kat rumah sepupu Fiza..
Anak dia kawin..







Esoknya, pergi wedding..

Siang, penat lepak rumah je..
Fiza malas nak layan aku nak mandi laut..
Dia cakap, duduk rumah..
Baik!!

Malam tu, dia ajak keluar.
Mungkin kesian ngan kitorang..
Huahaha..

Kitorang g Kampung Cina..
Cantik wei..
Napa tak de sapa nak viral kat FB?

Dia lebih kurang macam lorong seni kat Seksyen 2 Shah Alam tu..
Tapi, instead of satu lorong je, ni banyak lorong..
Nasik baik bawak adik Fiza..
Sila jadi jurugambar hakak2 ye..





Hari terakhir kat Terengganu..

Nak mandi laut lagi!!

Setelah berjaya memujuk, dapatlah pergi lagi pagi tu..
Haha, biasalah laut tu dah selalu depan mata Fiza jadi dia tak rasa excited pun nak mandi.
Yang setahun sekali nampak laut yang excited bukan main.
Tak jauh pun laut tu dari rumah dia, boleh je kalau kitorang nak pergi sendiri.
Tapi, pagi air pasang.
Fiza cakap, laut ni kenal orang.
Dia tak berani nak lepaskan kitorang mandi laut berdua, dia kena ada sekali.
Yeah!!
Cukup korum!!




Ya, yang excited jalan depan sekali tu aku!!


 
Sampai, gelap lagi..
Tunggu matahari naik sikit baru mandi..
Baring2 kat pasir feeling dalam movie..

Tak lama pun lepak laut pagi tu sbb tengah hari nak gerak balik..
Sampai rumah Fiza, mak dia dah siap masukkan makanan dalam bakul..
Ingatkan nak bawak breakfast utk kitorang sambil mandi..
Huhu..
Terharu.. Terbaiklah makcik..

Tak nak balik..
*muka sedih*

Jumpa lagi Terengganu..