Monday, December 21, 2015

Tahun Dua Ribu Lima Belas


Sebelum blog ni bersawang lagi, marilah kita letak semua memori 2015.

Memandangkan tahun ni hampir berakhir dan sempena azam tahun baru, nak update post yang latest je (bluergh) maka semua yang berlaku pada tahun 2015 diletakkan di dalam post yang sama.

Muahaha..

Sebenarnya tak ingat sangat apa yang jadi sepanjang 2015.
Gambar plak banyak dah transfer kat hard disk.
Nak jadikan cerita, hard disk tak boleh buka.
Maka, kita ceritalah guna gambar yang ada dan apa yang ingat.
Sekian.




1. Berbuka Puasa

Alhamdulillah masih lagi mengekalkan tradisi berbuka puasa.
Kali ni buka puasa kat padang seksyen 7 Shah Alam.
Memang rasa piknik.
Dengan Firas yang dah pandai jalan dan lari, memang best.
*tapi gambar takde*

Bagi aku mcam lagi best. Lagi senang sebab dekat sangat dengan masjid. Kalau dekat mall, biasa kena sesak2 dengan orang ramai sebab surau kat mall kan kecik.




2. Raya

Tahun ni Jiji jadi tuan rumah open house. Maka kitorang semua berlenggang kangkung pergi rumah dia. Kalau tak, masing-masing sibuk fikir nak bawa hidangan apa. Jiji cakap dia mengutamakan kebersihan, maka semua hidangan masak sendiri. Eh, ada kaitan? Haha

Sempat gambar dengan Firas kejap je sebelum dia pergi main.

Dalam gambar takde Firas, sebab dia pergi jalan dengan atuk dia.


 

Hakim pun ada datang sekali hari ni, tapi dia balik awal (ke kitorang datang lambat? muahaha) jadi tak sempat nak gambar sama.

Thank u jiji.

Okay, tahun depan rumah sapa? *wink*




2. Majlis Kahwin Hakim

Fuhfuhfuh..

Ni 5 September 2015. Lagi sorang yang selamat menamatkan zaman bujang.
Senario biasa dalam PALAPES, skuad kitorang pun tak dapat nak lari dari berkahwin dengan geng palapes jugak.
Isteri Hakim, Ain merupakan satu batch bawah kitorang.
Sempatlah merasa kitorang buli.. Haha..
Couple dari Ain sem satu lagi.. Senyap2, tetiba dapat kad kahwin..


Tahniah Hakim.
Moga menjadi suami yang baik.
Semoga berbahagia hingga ke syurga.



Pengantin yang sangat sempoi and gojes.

Budak dua orang ni kalau dalam grup whatsapp, borak macam nak gaduh.
Tapi sebenarnya selalu je jumpa.
Ni sempat main2 kat tengah jalan tengah panas.




Sebelum balik, singgah Klebang minum coconut shake.

Dan..


Hm...





3. Majlis Kahwin Peeka (Belah Lelaki)


Tahun menamatkan zaman bujang..
Pada bulan depannya pulak, 10 Oktober 2015 Peeka kahwin..



Rombongan Cik Kiah ke Melaka..



Pengantin yang gojes dan tempat duduk yang besar dan luas.
Congrats Peeka.
Moga hubungan dirahmati sehingga ke syurga.
Aamin.



Balik daripada majlis Peeka, sempat pergi rumah Ita..
Ita baru melahirkan cahaya mata.. 
Ulfah..
Okay, aku lupa nama penuh..

Macam tak caya je dah jadi makcik2..
Silalah terima kenyataan dah tua..




4. Majlis kahwin Peeka (Belah Perempuan)

5 Disember 2015 plak, majlis Peeka sebelah perempuan..
Dilangsungkan bersama dua adik dia..
Jadi ada 3 pengantin dalam majlis ni..
Makin berseri-seri plak peeka..
Ada apa2 ke?



Temankan Laili pergi majlis Peeka, sebab hari tu dia tak dapat datang..
Sampai dalam pukul 3 petang..
Cun-cun nampak pengantin kat tempat sanding..
Nasib baik tak g outdoor lagi..



Cantikkan pengantin?
Semoga cepat-cepat mengikuti jejak Ita..
Hihi..
Aamin..




5. See you again


Lama sebenarnya tak jumpa Rio..
Kalau tak disebabkan majlis Hakim, mesti tak tahu ni tahun terakhir dia di semenanjung..

Rio akan bertukar ke Labuan, setelah sekian lama berada di semenanjung..

Masa jumpa dia, semua sedih-sedih cakap, "Good Bye, Rio."
Rilek je dia cakap, "Never say goodbye. Say see you again."





Ni last minute attempt nak buat ala-ala piknik sebelum dia berangkat balik ke Sabah.

22 November 2015, 5.00 petang, Taman Saujana Hijau.

Sebab last minute plan, jadi ni jelah yang boleh datang..





Antara semua PK, dia yang selalu menjadi tempat meminta bantuan..
Tak pandai buli junior..
Buat lawak hambar..
Haha, gurau je eh..

Kami mendoakan yang terbaik Rio..

InsyaAllah panjang umur, jumpa lagi..

p/s: Kek tu dia sendiri yang beli =p


Penafian : Korang selalu juga jumpa kan? Tapi tak nak update blog.. Sebab aku yang update, aku tulislah aktiviti yang aku join.. Muahaha..