Assalammualaikum..
Okay, ni entry kedua untuk latihan tempatan kali ni.
05-06 Oktober 2013.
Sebelum aku mulakan, just nak mention mungkin entry kali ni panjang sikit dan agak berbentuk peribadi walaupun ni blog group..
Ada aku kisah?
Wahaha..
Minggu lepas ada meeting antara pegawai.
Antara issue yang berbangkit adalah pemakaian tudung pegawai wanita.
Apakah warna dan jenis tudung yang dibenarkan?
Mengikut ajutan, kalau ikutkan di base, tudung yang dibenarkan tudung awning warna biru macam warna no. 4 tu..
Jadi, jumaat malam aku dengan Ila pergi Downtown Mines cari tudung.
Dapatlah tangkap dua.
Tudung bawal untuk PT dan awning untuk uniform..
Yeah..
Kalau ikutkan, minggu ni ada pembukaan latihan.
Pembukaan latihan kenalah pakai uniform..
Aku pandang Ila, Ila pandang aku..
Uniform semua kat kampung halaman, sebab tak terfikir pun nak turun training sem ni.
Alhamdulillah nasib menyebelahi kitorang..
Ila dapat pinjam fullset dari Y.O baru, Atiqah..
Aku pula pinjam baju ngan nama dari Ojan, apulet ngan kasut terpaksa rembat dari Farhana..
Complete full set!!
Thanks a a lot..
Budi baik semua takkan dilupakan..
Macam biasa, kalau nak pergi training dan join PT haruslah pukul 5.30 pagi dah bangun nak siap-siap semua.
Minggu ni kitorang plan tak nak balik serdang sabtu malam, nak terus tidur kat Shah Alam sebab kepenatan yang melampau minggu lepas..
Jadi seperti biasa, pukul 7.00pagi sampai kat UiTM.
Ingatkan diorang kumpul kat pool, tengok takde.
Pergi padang kawad pun takde.
So kitorang gamble pergi Padang Perindu, kalau takde ingat nak joging je kat stadium.
Sekali ada..
Joinlah PT sekali..
Macam biasa, banyak tragedi yang berlaku pada junior.
Ada yang tak larat, ada yang sakit kaki, ada yang nangis..
Takpe, semua tu sementara je adik-adik =)
Habis PT, pergi makan, terus g umah Ojan tukar baju..
Macam change parade dah..
Tapi tahap kepantasan standart dengan kura-kura =)
Terharu gila dengar citer Farhana, Ojan tak habis-habis tanya kat dia ada apulet ngan kasut tak..
Risau sangat aku tak dapat pakai..
Hukhuk..
Lepas tu, kitorang terus pergi office sebab berdasarkan mesyuarat yang lepas, YO tauliah 2009 dan 2010 bertugas sebagai pegawai admin dan juga pemantau..
Perkenalkan skuad kita yang terbaru, Atiqah.. =)
Ingin berkenalan?
Sila tinggalkan no. telefon di ruangan komen di bawah..
Hari sabtu takde apa-apa.
Lepas lunch, YO ada meeting pemilihan jawatankuasa, kadet pulak ada rehearsal untuk pembukaan latihan esok.
Petangnya ada sukan..
Kan dah cakap kitorang tak nak balik Serdang?
Jadi YO baru nak samarahan tanyalah kitorang nak tidur mana.
Siap offer kolej untuk kitorang,
tapi kena share 6 orang satu bilik.
Hehe..
Disebabkan aku demand, kita tolak secara baik.
Ojan nak kasi tumpang umah dia tak boleh sebab abang dia ada.
Last sekali, dia nak ajak kitorang tidur rumah DJ Lin, kitorang lagi sikit nak setuju, tapi tak boleh.
Sebab barang Teha pada kitorang.
Kalau tido umah DJ Lin, esok minah tu nak pakai apa kan?
Alhamdulillah, macam mana pun kitorang dapat tempat tidur yang selesa malam tu kat 'banglo' Teha.. =)
Hari Ahadnya ada pembukaan latihan.
Jadi takde PT.
Pukul 7 dah kumpul kat markas untuk sarapan.
Pembukaan latihan kali ni lain skit dari kita dulu.
Kalau masa dulu kan, kalau buat pembukaan latihan kita akan bagi sijil kepada siapa yang dapat pointer 3.00 ke atas.
Kalau misalnya pembukaan latihan tidak dibuat masa awak sem, penutupan latihan akan dibuat dengan pemakaian pangkat dan juga penyampaian sijil kepada siapa yang dapat pointer 3.00 keatas.
Sekarang, diorang buat pembukaan latihan dengan pemakaian pangkat je.
Mungkin ada sebabnya.
Dah lebih dua tahun tak turun training, banyak cakaplah pulak kan?
Lepas pembukaan latihan, kadet kawad.
Sebab pakai uniform, bolehlah turun ajar kadet =)
Sebelum tu, perkenalkan kembar tak seiras yang baru dijumpai.
Fauzan dan Auzan.
Comel tak???
Comel kan??
Hikhik.. Sila muntah..
Petang tu lepas tengah hari ada pertandingan sukan antara tiga servis.
Udara, Laut dan Darat.
Panas gila tengah hari tu.
Sebelum pergi sukan, marilah kita basahkan tekak dulu kat DC.
Ya Allah nikmatnya ABC.
Nampak tak bahagia disitu??
Hehe..
Okay, berbalik semula pada cerita sukan.
Pertandingan sukan yang terlibat adalah bola tampar (perempuan) dan bola sepak (lelaki).
Tengah-tengah best main, darat kena pergi markas.
Jadi, secara defaultnya Airforce menang sebab lead dulu..
Yeah!!
Afiqah tak turun pagi sebab ada tournament badminton company dia.
Macam biasa, apalagi nak diexpect dari SUO..
Tahniah, CHAMPION!!
Sempat juga dia datang join kitorang makan ABC ngan tengok kadet main sukan.
Yang gambar tiga kanan atas tu lepas makan malam..
Baru sempat nak bergambar..
Minggu depan ada training.
Tapi takde maknanya aku dengan Ila nak turun.
Nak balik kampung masak lodeh untuk Raya Haji..
Lepas tu training minggu satu lagi tu, aku dengan Ila hari sabtu busy..
Aku ada program.
Jemput datang sabtu pagi kat Taman Tasik Putrajaya =)
Ila pulak konvo!!
26 OKTOBER 2013.
datanglah kawan-kawan..
dia sesi petang.
*aku pun tak sure sempat datang ke tak sebab jadi jawatankuasa tak tahu balik bila =(
Okay, gambar last...
Aku dengan Ojan psiko kadet..
Hehe..
Ojan AJK Kebajikan, jadi dia risau dengan kebajikan kadet.
Aku?
Aku jadi jurucakap dia..
Hebat betul Mem Ojan ni..
- The End-
Habis sudah laporan minggu ni.
Inginkan gaya laporan yang berlainan, anda boleh masuk ke blog Ila di
cerita yang sama tapi dari sudut pandangan yang berbeza..
p/s: korang? Bila nak jumpa lagi??