Sunday, December 8, 2013

Girls Hang Out

23 & 24 November 2013 




Post yang takde motif..
Saja nak lambak gambar..
Ngan membebel...
Btw, comel tak kucing atas ni??
Meoww...

Perjumpaan yang takde agenda huhahuha langsung..
Masa ni hujung bulan, masing-masing kering,
tapi disebabkan kena isi borang insuran untuk join Annual, berkumpullah kitorang kat Shah Alam..

Skuad lelaki ku semua jauh diperantauan..
Tinggalkan kami srikandi yang untuk terus bertahan dan berjuang..
Hehehe..

 Sesi mengisi borang insuran yang diselang-seli dengan main hp..
Semua arahan dapat direct dari FB..
TQ Koperal..



Esonya aku, Fiqa ngan Peeka rancang joging kat tasik..
Nak gi annual, tapi tak cari fitness tu namanya menempah maut..
Konon2 nak g seksyen 7 je, tapi terambil salah jalan (hahaha) ter ke seksyen dua..
Lari dalam 1 km, terdengar ada orang buat aerobik..
Marilah kita join..

Ingat aerobik biasa2, tahap makcik2..
Ni tahap boleh semput juga dibuatnya..
Lepas aerobik, rasa dehidrat tu macam lepas PT pagi masa kadet..
Ke eden yang dah takde fitness?

Hahaha..

Sebab penat sangat, tak ambil gambar langsung..

Masing2 lepas tu ada program masing2..
Tapi aku, Fiqa, Fiza ngan Ila rancang nak jumpa kat Mines petang tu..

Aku, Fiqa, Fiza g main bowling, Ila... tet....




08 Disember 2013
Disebabkan ke'best'an aerobik tu, kitorang decide nak join lagi minggu ni..Kali ni tambahan dua ahli: Fiza ngan Ojan..Excited pukul 8 tepat dah muncul kat tempat aerobik..Tapi instructor dia tak sampai lagi...Sementara tunggu, kiorang pun apa lagi..








*bersabar jelah dengan kualiti kamera..haha..

Sabar orang sebelah2 tengok..

Tapi punyalah nak balas dendam minggu lepas tak amik gambar..
Tunggu punya tunggu, instructor tak sampai lagi..

Jadi, kitorang decide lari dulu, buat PT sendiri..
Bila g tempat aerobik tu lagi, diorg dah lama start..
Hahaha, dasar tak sabar..
Joinlah, tapi dah tak best sebab tak ikut step dari awal, jadi tak smooth lah    kita punya pergerakan..

   Tapi yang penting matlamat tercapai...

   Okay, tu je post yang tak bermotif untuk kali ni...

   Sekian...


No comments:

Post a Comment