Assalammualaikum..
(Tak jawab dosa ;p)
Sebelum aku makin melengah-lengahkan lagi post ni, baiklah aku buat..
Nanti
bersawang balik blog ni.. (^-^)\/
Okay, dari mana nak cerita ea? Cerita dari mula-mulalah..
Tapi aku akan skip-skip cite aku berfoya-foya dengan
Afiqah, takut nanti ada yang tak sabar2 nak beli tiket pergi sabah..
Jadi, cerita bermula masa bulan 4 hari tu.
Tiket flight murah gila sebab
bulan depannya mengundi.
Jadi aku dengan Afiqah decide nak beli tiket smggu
sebelum puasa.
Aku boleh jalan-jalan kat Sabah, Afiqah boleh tengok parents dia
sebelum puasa.
Kebetulan tarikh kitorang pergi tu tarikh pentauliahan diraja. Tahu pun bila
adik aku cakap. Masa dia cakap kat UMS, memang langsung tak percaya. Dua miggu
sebelum flight baru percaya sebab dia dgn budak2 palapes yang lain dah terbang
ke sana..
Kitorang memanglah excited. Tak sangka bernasib baik macam tu. Nak join
tauliah memang tak sempatlah, jadi bila dapat tahu tahun ni diorang buat mess
nite terus je kitorang register. Merasalah pakai baju mess semula..
Masa malam sebelum flight tu, baru perasan satu aksesori mess kit, agulet
takde. Yang paling best tepat pukul 12 baru perasan. Then contactlah semua yang
terlintas kat otak.. Alhamdulillah Jalut ada.. Sanggup jam hampir pukul 1 pergi
UiTM ambik..
Masa ambik, perasan benda ni kat lobi teratai 4..
Rasa rindu kat palapes
datang balik..
Lepas tu sanggup pergi blok perempuan nak tengok carta
organisasi juga.. Tapi takde.. Jadi ambik je gambar ni..
Jadilah..
Flight kitorang pagi 5hb Julai 2013.
apa motif letak gambar ni? Hah, nampak
tak kat belah kiri yang baju hijau?
Masa kitorang nak masuk boarding area, adalah dalam 5 orang yang pakai baju hijau ni ada. Aku dengan Fiqa lagilah
teruja. Mesti diorang nak pegi tauliah ni. Tapi sebab aku segan, aku tangkap
gambar sipi je.. Hehe..
Masa dah nak sampai Sabah, tengok kat luar tingkap kapal terbang.
Subhanallah. Cantiknya!!
Masa sampai kat KKIA, lagilah ramai yang beruniform
tunggu sambut kitorang (memang taklah).. Hp dah kat tangan tapi rasa segan
pulak nak amik gambar.. Takpe, next time aku akan tingkatkan skil
kewartawanan..
Sampai je KKIA, minta tolong ayah Afiqah hantar g UMS nak ambik pelekat
kereta. Perjalanan dari KK ke UMS dalan 20 minit. Pergh, memang cantik warna
laut walaupun tegok dari tepi je.
Lepas amik pelekat round UMS kejap ushar
tempat untuk senang pergi tauliah esok.
Hari tauliah 06.07.13. Afiqah decide nak pakai baju no. 1. Aku? Haha, nak
budget civilian.. Tauliah kali ini diberi oleh Sultan Kelantan. Sorilah gambar
tak banyak sebab aku rakam video diorang kawad. Tapi nak upload video leceh
plak (alasan..). Jadi, berpuas hatilah dengan gambar yang ada.
Dalam pukul 11 macam tu, kitorang dah bergerak pergi Kundasang. Pergi
Kinabalu Park dengan Desa Cattle Farm.. Memang cantik kat sana. Rasa macam kat luar
negara..
Ada penggambaran filem kat sana, nampak Sharnaz berlakon. Disebabkan
taknak nanti Shila Amzah merajuk dan kecewa, aku malaslah nak amik gambar
dengan dia. Huahua..
Balik dari situ pergi ke Rumah Terbalik kat Tamparuli.
Motif gambar kucing ni? Pelik sebab
kucing tu sibuk nak makan rumput. Mungkin sebab nama tempat pun rumah terbalik,
kucing tu confuse dia makan ikan ke makan rumput ;p
Lepas tu singgah pasar Filipin untuk makan malam.. Dalam pukul 12 sampai
rumah Afiqah..
Hari kedua kitorang decide nak santai2 je. Sebab semalam dah puas jalan +
pukul 3 ada rehearsal mess nite. Rumah Afiqah kat Beaufort. Dua jam dari KK. Jadi paling lambat pukul 1 kena gerak dari Beaufort. Jadi Pagi tu Afiqah tunjuk
kawasan rumah ni.
Gambar memang saja letak sikit supaya korang pergi rumah
Afiqa untuk tengok sendiri keseluruhannya. Nampak tak betapa besar kawasan bawah rumah dia?
Boleh parking kete lagi..
Yang paling best rasa macam kat kg gila, keluarga Afiqah makan kat bawah tu
juga.. Seronok dapat makan kat tempat terbuka..
Okay Fiqa, next time kita pergi rumah Rio pulak..
Mess Nite kali ni buat kat Pacific Harbour Resort. Dalam Sutera Harbour.
Petang tu kitorang dah datang awal untuk rehearsal, tapi atas sebab2 yang tak
dapat dielakkan aku dengan Afiqah tak dapat join..
Sapa yang pernah pergi mess
nite tahu yang tempat duduk memang letak selang seli lelaki perempuan dan
selang universiti.
Jadi masa dapat tempat duduk sebelah pegawai baru, memang
berdebarlahkan. Kata pegawai senior, tapi tak tahu tatacara mess memang
hancurlah.. Tapi, nasib baik ada Ojan kat depan aku..
Makan kena square. Badan kena tegak. Sudu tak boleh bunyi.
Kena berhenti
makan bila muzik berhenti. Haha.. Semua benda baru nak ingat.
Nasib baik sebelum mess, Tn Faizli ada brief sikit..
Aku nak kongsi sikit apa yang berlaku masa mess nite..
Mula-mula sampai lobi tak boleh masuk dalam ball room dulu. Kumpul ramai2,
tapi dia ada sediakan air dengan kekacang. Tujuannya untuk bersosial. Nanti
bila masa mess dah tak boleh nak cakap sangat. Apabila orang kehormat datang, diorang akan pergi ke tempat menunggu yang
disediakan sementara tunggu boleh masuk. Tapi ada yang bersosial je dengan kitorang.
*kitorang bersosial dengan orang yang paling tinggi dalam dewan ;p
Kemudian akan ada seorang LLP ketuk pintu gong depan dewan makan dan cakap "Makanan sudah siap tersedia".
Jadi segerombolan askar yang kelaparan
pun masuk..
Masuk terus berdiri belakang kerusi sambil menghadap pintu masuk.
Mereka yang berpangkat tinggi akan masuk diiringi oleh ... (alat muzik yg macam
lagu julia tu). Haha, aku memang fail..
Bila diorang semua duduk, Yang Dipertua
(Pegawai baru yang ditauliahkan) akan suruh semua duduk.
Sebab dah berzaman tak pergi mess + tadi tak pergi rehearsal, masa aku duduk
tu aku tarik kerusi rapat. Haha, kena tegur dengan budak sebelah. Dia cakap tak
boleh rapat sangat nanti susah nak bangun untuk toast @ ucap selamat.
Lepas semua duduk, Naib YDP (pegawai baru yang ditauliahkan juga) bangun dan ketuk
hammer yang memang disediakan atas meja sambil cakap.
"Yang Dipertua,
mohon ucap selamat untuk yang di Pertuan Agong".
YDP yang kat atas tu bangun akan ketuk hammer dia pulak sambil cakap
"Ucap
selamat untuk yang di Pertuan Agong".
Seisi dewan akan bangun sambil
angkat gelas dan cakap
"Ucap selamat untuk yang di Pertuan Agong".
* gelas untuk toast adalah yang sebelah kanan yang tinggi ramping tu.
Untuk sesiapa yang kurang jelas, YDP duduk diatas pentas dengan VIP semua. NYDP pula duduk paling belakang sekali.
*Pentas tempat makan VIP
*pandangan dari atas pentas. Gambar diambil sebelum majlis.
Tempat NYDP meja kiri hujung sekali. Belakang tu tempat band main lagu.
Ada tiga minum ucap selamat malam tu..
Yang kedua cara dia sama juga tapi
minum ucap selamat untuk Tentera Udara diRaja Malaysia.
Tapi yang ketiga, instead NYDP dan YDP yang bangun dan lead ucap
selamat, ajutan UiTM Shah Alam yang lead.
Minum ucap selamat untuk pegawai yang
baru ditauliahkan.
Masa ni pegawai-pegawai lama (kitorang & ajutan2 semua) je yang bangun untuk toast. Yelah, takkan diorang nak toast untuk diri sendiri tak?
Habis je tu baru diorang bagi makanan.
Biasa satu row akan serentak makanan
dihidangkan..
Jadi makanlah sesuka hati.. Lepas desert ada ucapan dari AKS.
Lepas tu majlis bersurai.. Gambar time!!! Hehe..
*tahukah anda hanya 4 orang sahaja pegawai baru UiTM Shah Alam yang dapat pergi?
Sebab yang lain semua tengah exam :(
*Yeah, favourite pic.
Dua-dua dah ex-SUO.
Nati bolehlah buat group SUO SUO je.. =)
*Gambar kenang-kenangan dengan Pegawai Muda baru PSSTUDM.
Yang tengah tu ajutan UiTM Shah Alam yang baru, Tn Faizli.
Nak no.? Minta kat Afiqah ;p
Balik rumah Afiqah malam tu sampai dalam pukul 12.
Penat tapi happy sangat.
Kitorang enjoy mess nite kali ni..
Esoknya 8 Julai flight kitorang balik. Pagi tu pergi Sipitang tengok
Esplanade.
Petang tu pergi Pasar Filipin beli brooch + ikan masin + keropok.
Nasib baik ada Afiqa dengan mak dia. Dapatlah murah..
Haha, Afiqah siap tak bagi
aku cakap masa tu sebab kalau diorang dengar pelat Semenanjung aku, diorang
akan bagi mahal..
Flight pukul 8.30 malam..
Sampai KLIA dah nak pukul 11.
Tunggu luggage
lagi..
Selamat tinggal Sabah.. See u next time..
Eh, dah habis? Tu je ke gambar? Hehehe.. Sebab ni blog skuad takkan aku nak letak gambar-gambar lain yang tak berkaitan untuk tujuan menjeleskan tak? Haha.. Yang pasal gambar masa mess nite pulak, takkan aku nak ambil gambar satu-satu. Mana boleh. Masa majlis banyak gambar curi-curi je. Jadi gambar selepas majlis yang telah ditapis je yang ada kat sini ;p
Sekian.
Psst, tahun depan tauliah kat UPSI korang nak pergi?
Disclaimer : apa yang aku tulis hanyalah dari sudut pandangan aku.
Kesilapan, kealpaan dan kesalahan dalam sebarang maklumat diatas adalah tidak
disengajakan..