Wednesday, July 17, 2013

Tauliah + Mess Nite 2013 (Sabah)


Assalammualaikum..

(Tak jawab dosa ;p)


Sebelum aku makin melengah-lengahkan lagi post ni, baiklah aku buat.. 
Nanti bersawang balik blog ni.. (^-^)\/

Okay, dari mana nak cerita ea? Cerita dari mula-mulalah.. 
Tapi aku akan skip-skip cite aku berfoya-foya dengan Afiqah, takut nanti ada yang tak sabar2 nak beli tiket pergi sabah..


Jadi, cerita bermula masa bulan 4 hari tu. 
Tiket flight murah gila sebab bulan depannya mengundi. 
Jadi aku dengan Afiqah decide nak beli tiket smggu sebelum puasa. 
Aku boleh jalan-jalan kat Sabah, Afiqah boleh tengok parents dia sebelum puasa.

Kebetulan tarikh kitorang pergi tu tarikh pentauliahan diraja. Tahu pun bila adik aku cakap. Masa dia cakap kat UMS, memang langsung tak percaya. Dua miggu sebelum flight baru percaya sebab dia dgn budak2 palapes yang lain dah terbang ke sana..

Kitorang memanglah excited. Tak sangka bernasib baik macam tu. Nak join tauliah memang tak sempatlah, jadi bila dapat tahu tahun ni diorang buat mess nite terus je kitorang register. Merasalah pakai baju mess semula..

Masa malam sebelum flight tu, baru perasan satu aksesori mess kit, agulet takde. Yang paling best tepat pukul 12 baru perasan. Then contactlah semua yang terlintas kat otak.. Alhamdulillah Jalut ada.. Sanggup jam hampir pukul 1 pergi UiTM ambik..

Masa ambik, perasan benda ni kat lobi teratai 4.. 


Rasa rindu kat palapes datang balik.. 
Lepas tu sanggup pergi blok perempuan nak tengok carta organisasi juga.. Tapi takde.. Jadi ambik je gambar ni.. 



Jadilah..


Flight kitorang pagi 5hb Julai 2013. 

apa motif letak gambar ni? Hah, nampak tak kat belah kiri yang baju hijau? 
Masa kitorang nak masuk boarding area, adalah dalam 5 orang yang pakai baju hijau ni ada. Aku dengan Fiqa lagilah teruja. Mesti diorang nak pegi tauliah ni. Tapi sebab aku segan, aku tangkap gambar sipi je.. Hehe.. 

Masa dah nak sampai Sabah, tengok kat luar tingkap kapal terbang.


Subhanallah. Cantiknya!!



Masa sampai kat KKIA, lagilah ramai yang beruniform tunggu sambut kitorang (memang taklah).. Hp dah kat tangan tapi rasa segan pulak nak amik gambar.. Takpe, next time aku akan tingkatkan skil kewartawanan..

Sampai je KKIA, minta tolong ayah Afiqah hantar g UMS nak ambik pelekat kereta. Perjalanan dari KK ke UMS dalan 20 minit. Pergh, memang cantik warna laut walaupun tegok dari tepi je. 
Lepas amik pelekat round UMS kejap ushar tempat untuk senang pergi tauliah esok.


Hari tauliah 06.07.13. Afiqah decide nak pakai baju no. 1. Aku? Haha, nak budget civilian.. Tauliah kali ini diberi oleh Sultan Kelantan. Sorilah gambar tak banyak sebab aku rakam video diorang kawad. Tapi nak upload video leceh plak (alasan..). Jadi, berpuas hatilah dengan gambar yang ada.




Dalam pukul 11 macam tu, kitorang dah bergerak pergi Kundasang. Pergi Kinabalu Park dengan Desa Cattle Farm.. Memang cantik kat sana. Rasa macam kat luar negara.. 
Ada penggambaran filem kat sana, nampak Sharnaz berlakon. Disebabkan taknak nanti Shila Amzah merajuk dan kecewa, aku malaslah nak amik gambar dengan dia. Huahua..

Balik dari situ pergi ke Rumah Terbalik kat Tamparuli. 

Motif gambar kucing ni? Pelik sebab kucing tu sibuk nak makan rumput. Mungkin sebab nama tempat pun rumah terbalik, kucing tu confuse dia makan ikan ke makan rumput ;p

Lepas tu singgah pasar Filipin untuk makan malam.. Dalam pukul 12 sampai rumah Afiqah..


Hari kedua kitorang decide nak santai2 je. Sebab semalam dah puas jalan + pukul 3 ada rehearsal mess nite. Rumah Afiqah kat Beaufort. Dua jam dari KK. Jadi paling lambat pukul 1 kena gerak dari Beaufort. Jadi Pagi tu Afiqah tunjuk kawasan rumah ni. 

Gambar memang saja letak sikit supaya korang pergi rumah Afiqa untuk tengok sendiri keseluruhannya. Nampak tak betapa besar kawasan bawah rumah dia? 

Boleh parking kete lagi.. 
Yang paling best rasa macam kat kg gila, keluarga Afiqah makan kat bawah tu juga.. Seronok dapat makan kat tempat terbuka..

Okay Fiqa, next time kita pergi rumah Rio pulak..






Mess Nite kali ni buat kat Pacific Harbour Resort. Dalam Sutera Harbour. Petang tu kitorang dah datang awal untuk rehearsal, tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan aku dengan Afiqah tak dapat join.. 

Sapa yang pernah pergi mess nite tahu yang tempat duduk memang letak selang seli lelaki perempuan dan selang universiti. 

Jadi masa dapat tempat duduk sebelah pegawai baru, memang berdebarlahkan. Kata pegawai senior, tapi tak tahu tatacara mess memang hancurlah.. Tapi, nasib baik ada Ojan kat depan aku..

Makan kena square. Badan kena tegak. Sudu tak boleh bunyi. 
Kena berhenti makan bila muzik berhenti. Haha.. Semua benda baru nak ingat. 

Nasib baik sebelum mess, Tn Faizli ada brief sikit..

Aku nak kongsi sikit apa yang berlaku masa mess nite..

Mula-mula sampai lobi tak boleh masuk dalam ball room dulu. Kumpul ramai2, tapi dia ada sediakan air dengan kekacang. Tujuannya untuk bersosial. Nanti bila masa mess dah tak boleh nak cakap sangat. Apabila orang kehormat datang, diorang akan pergi ke tempat menunggu yang disediakan sementara tunggu boleh masuk. Tapi ada yang bersosial je dengan kitorang.
*kitorang bersosial dengan orang yang paling tinggi dalam dewan ;p


Kemudian akan ada seorang LLP ketuk pintu gong depan dewan makan dan cakap "Makanan sudah siap tersedia". 
Jadi segerombolan askar yang kelaparan pun masuk.. 
Masuk terus berdiri belakang kerusi sambil menghadap pintu masuk. 
Mereka yang berpangkat tinggi akan masuk diiringi oleh ... (alat muzik yg macam lagu julia tu). Haha, aku memang fail.. 
Bila diorang semua duduk, Yang Dipertua (Pegawai baru yang ditauliahkan) akan suruh semua duduk.

Sebab dah berzaman tak pergi mess + tadi tak pergi rehearsal, masa aku duduk tu aku tarik kerusi rapat. Haha, kena tegur dengan budak sebelah. Dia cakap tak boleh rapat sangat nanti susah nak bangun untuk toast @ ucap selamat.

Lepas semua duduk, Naib YDP (pegawai baru yang ditauliahkan juga)  bangun dan ketuk hammer yang memang disediakan atas meja sambil cakap. 
"Yang Dipertua, mohon ucap selamat untuk yang di Pertuan Agong".
YDP yang kat atas tu bangun akan ketuk hammer dia pulak sambil cakap 
"Ucap selamat untuk yang di Pertuan Agong". 
Seisi dewan akan bangun sambil angkat gelas dan cakap 
"Ucap selamat untuk yang di Pertuan Agong".

* gelas untuk toast adalah yang sebelah kanan yang tinggi ramping tu.

Untuk sesiapa yang kurang jelas, YDP duduk diatas pentas dengan VIP semua. NYDP pula duduk paling belakang sekali.

*Pentas tempat makan VIP

*pandangan dari atas pentas. Gambar diambil sebelum majlis.
Tempat NYDP meja kiri hujung sekali. Belakang tu tempat band main lagu.

Ada tiga minum ucap selamat malam tu.. 
Yang kedua cara dia sama juga tapi minum ucap selamat untuk Tentera Udara diRaja Malaysia.

Tapi yang ketiga, instead NYDP dan YDP yang bangun dan  lead ucap selamat, ajutan UiTM Shah Alam yang lead. 
Minum ucap selamat untuk pegawai yang baru ditauliahkan. 
Masa ni pegawai-pegawai lama (kitorang & ajutan2 semua) je yang bangun untuk toast. Yelah, takkan diorang nak toast untuk diri sendiri tak?

Habis je tu baru diorang bagi makanan. 
Biasa satu row akan serentak makanan dihidangkan.. 
Jadi makanlah sesuka hati.. Lepas desert ada ucapan dari AKS. 
Lepas tu majlis bersurai.. Gambar time!!! Hehe..

*tahukah anda hanya 4 orang sahaja pegawai baru UiTM Shah Alam yang dapat pergi? 
Sebab yang lain semua tengah exam :(

*Yeah, favourite pic.
Dua-dua dah ex-SUO.
Nati bolehlah buat group SUO SUO je.. =)

*Gambar kenang-kenangan dengan Pegawai Muda baru PSSTUDM.
Yang tengah tu ajutan UiTM Shah Alam yang baru, Tn Faizli.
Nak no.? Minta kat Afiqah ;p

Balik rumah Afiqah malam tu sampai dalam pukul 12. 
Penat tapi happy sangat. Kitorang enjoy  mess nite kali ni..


Esoknya 8 Julai flight kitorang balik. Pagi tu pergi Sipitang tengok Esplanade.


Petang tu pergi Pasar Filipin beli brooch + ikan masin + keropok. 
Nasib baik ada Afiqa dengan mak dia. Dapatlah murah.. 
Haha, Afiqah siap tak bagi aku cakap masa tu sebab kalau diorang dengar pelat Semenanjung aku, diorang akan bagi mahal..


Flight pukul 8.30 malam.. 
Sampai KLIA dah nak pukul 11. 
Tunggu luggage lagi..

Selamat tinggal Sabah.. See u next time..


Eh, dah habis? Tu je ke gambar? Hehehe.. Sebab ni blog skuad takkan aku nak letak gambar-gambar lain yang tak berkaitan untuk tujuan menjeleskan tak? Haha.. Yang pasal gambar masa mess nite pulak, takkan aku nak ambil gambar satu-satu. Mana boleh. Masa majlis banyak gambar curi-curi je. Jadi gambar selepas majlis yang telah ditapis je yang ada kat sini ;p

Sekian.


Psst, tahun depan tauliah kat UPSI korang nak pergi?


Disclaimer : apa yang aku tulis hanyalah dari sudut pandangan aku. Kesilapan, kealpaan dan kesalahan dalam sebarang maklumat diatas adalah tidak disengajakan..

5 comments:

  1. bila da start baca pasal benda2 mcmni mesti ak teringt kat aktiviti2 kita dlu, bila la dpt merasa lagi kan.

    ReplyDelete
  2. Haha.. Agree.. Nanti suruh anak masuk ROTU tau ;)

    ReplyDelete
  3. messnite nie bole pegi bnyk kali ker??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je.. berapa banyak kali nak pergi pun takpe.. =)

      Delete