Assalammualaikum..
Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat berkumpul =)
Special thanks to Sharfika sebab mencadangkan event ini.
Dan terima kasih juga kepada Ila sebab menjayakan aktiviti ini.
Tak lupa juga kepada yang hadir sebab sangat sempoi..
Okay, malas nak taip banyak-banyak..
Aku letak je gambar.
Tempat : Fullhouse, Setia City Mall
Tarikh : 4 Ogos 2013 @ 26 Ramadhan 1434H
Baru dapat berkenalan dengan isteri Jiji.
Aisyah namanya.
Tengah 7 bulan pregnant.
Wah, dapat anak sedara lagilah kita =)
Gambar tengah (atas ni) ni yang paling cantik.
Thanks kepada Didi peeka.
Tapi seperti biasa, Zhafri....
Malas nak crop, kita biarkan je..
Dah puas ambil gambar kat dalam, kita ambik gambar kat luar pulak..
Kepada Didi dan Aisyah, terima kasih join kitorang.
Jangan serik tau join kitorng..
Maaf kalau terkurang atau tak terlayan, sebab kitorang sendiri pun jarang-jarang jumpa.
Jadi bila cakap semua nak bercakap.
Next time sangat-sangatlah dialu-alukan untuk join lagi.
Sebab minggu depan nak raya dah, semua dah salam-salam minta maaf dan beri ucapan selamat hari raya.
Rasanya ni perjumpaan yang paling ramai yang kita buat selepas habis study.
9 orang skuad semua sekali.
Mudah-mudah lepas ni makin lama makin ramai dan akhirnya kita dapat kumpul semua sekali, insyaAllah.
Akhir kata,
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.
Berhati-hati balik kampung.
ni ada pantun yang dicilok dari internet :
Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan.
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan.
Semoga jumpa lagi di hari lebaran.
p/s : Aku main 'collage' je gambar-gambar atas ni sebab banyak sangat. Nanti kalau ada gambar yang tak berkenan, silalah beritahu. Boleh diremove atau diedit semua. TQ.
qiah, kita nak buka apa arini...hihihi
ReplyDeleteJom
ReplyDelete