Monday, December 30, 2013

31.12.13

Assalammualaikum...

Hari terakhir tahun 2013..













Mesti semua orang cakap, kejap je dah nak 2014. Tapi sebenarnya masa tu bergerak sama je. Untuk ke tahun 2015, kita akan melalui jangka masa yang sama sepanjang tahun 2013 untuk ke tahun 2014.

Mungkin tahun ni kita lebih sikit kot kumpul ramai-ramai.

Lebih banyak update blog.

Lebih sikit aktif kat group.

Dah ada group whatsapp.. (hehe, mcm menang pingat bunyinya..)

Tahun ni ramai yang dah jadi parents.

Tahniah kepada Assad, Jiji, Syafawi, dan Dilah.
Nanti kita plan betul-betul nak buat gathering besar-besaran. 
Boleh bawak satu family semua join. 
Nak kenal gak dengan anak2 sedara semua.

Yang masih bujang, plan nak hang out memang banyak je...
Jadi ngan tak jadi je...
Tapi tak pelah, at least effort tu nampak..

Ada dua post yang aku hutang kat sini..
Gambar dah ada, nak menaip tu yang malas...

Tepek gambar je boleh tak?
('',)\/

So, back to the main agenda...


How about the annual?


Hahahaha......


Bila dah bekerja, priority banyak kat tempat lain.
Apa-apa pun, kita doakan semua berjalan lancar..

So guys, enjoy the new year's eve..
Fill it with love among the families..
And don't forget 'us' as one of them..



Sunday, December 8, 2013

Khemah Tahunan PALAPES Udara 2014

Assalammualaikum...

Berikut merupakan tentatif untuk Khemah Tahunan Tahun 2014.
(Punyalah malas nak taip, kita printscreen je)..






Okay, mari kita go trough satu2..

  1. Tentatif : So... far okay.. Hehehe, sebab dah ada experience join Annual Camp Pegawai 2010. Cuma kena buat list barang nak bawak g hutan..
  2. Insurans : Setel. Dah isi, duit pun dah bagi..
  3. Medical Check-Up : Disebabkan batch kita ni termasuk dalam ketegori yang kena buat, so payahlah sikit.. Nak minta cuti lagi, nak g macam mana? Nak kena buat appointment ke? Takpe, nanti kita refer balik pada jurulatih.
  4. Yang pasal baju ni, langsung takde prob. Cuma perlukan fulus je.. Dan Alhamdulillah elaun Latihan Tempatan dah masuk..

Sapa je yang pergi Annual kali ni?

Hm...

Yang hantar nama empat...

Yang macam nak pergi tiga...

Yang confirm boleh pergi satu...

Hahaha, jadi kita tunggu dan lihat jelah...



Girls Hang Out

23 & 24 November 2013 




Post yang takde motif..
Saja nak lambak gambar..
Ngan membebel...
Btw, comel tak kucing atas ni??
Meoww...

Perjumpaan yang takde agenda huhahuha langsung..
Masa ni hujung bulan, masing-masing kering,
tapi disebabkan kena isi borang insuran untuk join Annual, berkumpullah kitorang kat Shah Alam..

Skuad lelaki ku semua jauh diperantauan..
Tinggalkan kami srikandi yang untuk terus bertahan dan berjuang..
Hehehe..

 Sesi mengisi borang insuran yang diselang-seli dengan main hp..
Semua arahan dapat direct dari FB..
TQ Koperal..



Esonya aku, Fiqa ngan Peeka rancang joging kat tasik..
Nak gi annual, tapi tak cari fitness tu namanya menempah maut..
Konon2 nak g seksyen 7 je, tapi terambil salah jalan (hahaha) ter ke seksyen dua..
Lari dalam 1 km, terdengar ada orang buat aerobik..
Marilah kita join..

Ingat aerobik biasa2, tahap makcik2..
Ni tahap boleh semput juga dibuatnya..
Lepas aerobik, rasa dehidrat tu macam lepas PT pagi masa kadet..
Ke eden yang dah takde fitness?

Hahaha..

Sebab penat sangat, tak ambil gambar langsung..

Masing2 lepas tu ada program masing2..
Tapi aku, Fiqa, Fiza ngan Ila rancang nak jumpa kat Mines petang tu..

Aku, Fiqa, Fiza g main bowling, Ila... tet....




08 Disember 2013
Disebabkan ke'best'an aerobik tu, kitorang decide nak join lagi minggu ni..Kali ni tambahan dua ahli: Fiza ngan Ojan..Excited pukul 8 tepat dah muncul kat tempat aerobik..Tapi instructor dia tak sampai lagi...Sementara tunggu, kiorang pun apa lagi..








*bersabar jelah dengan kualiti kamera..haha..

Sabar orang sebelah2 tengok..

Tapi punyalah nak balas dendam minggu lepas tak amik gambar..
Tunggu punya tunggu, instructor tak sampai lagi..

Jadi, kitorang decide lari dulu, buat PT sendiri..
Bila g tempat aerobik tu lagi, diorg dah lama start..
Hahaha, dasar tak sabar..
Joinlah, tapi dah tak best sebab tak ikut step dari awal, jadi tak smooth lah    kita punya pergerakan..

   Tapi yang penting matlamat tercapai...

   Okay, tu je post yang tak bermotif untuk kali ni...

   Sekian...