21.12.13
Bila cakap pasal Annual Camp, satu je yang akan lintas kat kepala. Fitness. Aktiviti biasa pun masa Annual Camp rasa mcam tak larat je nak buat kalau takde fitness. Sebab biasa push diri untuk dua hari je (latihan tempatan), kali ni selama 2 minggu kena push fizikal dan mental.
Lagi-lagi yang terpilih masuk rentas halangan dan Jalan Lasak.
So, as an effort untuk memantapkan kadet, pegawai muda yang baru plan nak buat latihan jalan lasak. Since ni bukan latihan rasmi, so benda ni tak wajib nak turun.
Even tak sure sama ada akan join Annual Camp ke tak (sbb cuti tak lulus lagi), aku dgn Afiqah + Ojan join benda ni. Bila sampai je, hujan mencurah-curah turun. Kalau sekadar rintik-rintik boleh lagi, ni memang lebat..
Sebab dah plan and tak tahu bila lagi boleh buat latihan, kitorang tunggu sampai reda. And Alhamdulillah makin lama makin kurang..
Diorang dipecahkan kepada dua kumpulan. Campur setiap peringkat. Tak silap aku jarak dalam 5 km. Bila hujan reda, terus warm up kan kadet. Walaupun bukan latihan rasmi, setiap persediaan dilakukan. Penjaga check point, water check point, medik.
Alhamdulillah aktiviti berjalan dengan lancar. Semua selamat pergi dan kembali (mcam pergi perang je bunyi)
Nak cerita apa lagi? Hah, lepas tu kitorang pegi makan kat mamak.
Lapar lepas lari hujan-hujan.
Kadet? Kadet balik bilik, tido. Budak-budak mana boleh keluar malam ;p
Sekian.
No comments:
Post a Comment