Monday, December 22, 2014

Perkhemahan Tahunan PALAPES Udara UiTM 2014

Assalammualaikum...

Perkhemahan Tahunan PALAPES Udara 2014 berlangsung pada 19-30 Jan 2014 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak.

Tiga orang je skuad kita yang hadir. Afiqa, Sharfika dan aku. Afiqa dan Sharfika join kedua-dua minggu latihan.. Aku dapat cuti seminggu je.. Jadi, aku pilih untuk datang masa peringkat hutan. Malas nak join peringkat kem, nanti burn.. Ada kawad semuakan... And peringkat hutan biasa rileks sikit. Lepas dapat task, kita akan dibiarkan untuk siapkan task tu.. Jadi banyaklah masa nak huha huha.. 

Tapi kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan..

Peringkat hutan dibatalkan sebab air sungai ada kencing tikus..

Takde sungai, merana ok dalam hutan.. Takde nak kena rasa ice box segala..

Oleh sebab aku tak join peringkat kem, dah hanya join peringkat hutan plus aku update ni pun bulan Oktober, jadi maybe banyak benda yang aku akan skip.. Hahaha.. 



Ye, nilah je batch kitorang yang datang masa annual peringkat kem.. Seronoknya diorang dapat jumpa...

Bila peringkat hutan dibatalkan, semua universiti balik u masing-masing untuk buat latihan sendiri.. Aku sampai je, diorang tengah bagi-bagi rangsum.. Lepas kitorang pilih yang best-best, terus ada taklimat aktiviti..

Ni merupakan aktiviti annual camp paling relaks pernah aku pergi.. Kalau dulu, masing-masing kalau boleh tak nak pergi annual.. Tapi kalau tak pergi annual, tak boleh tauliah.. So, siapa yang nak keluar baris mostly akan keluar before annual camp.. And sapa je keluar lepas annual camp memanglah sangat rugi.. Dah tahan kena teruk2 masa kat hutan, tapi bila balik U tak tahan pulak.. 

Pegawai dibahagikan untuk menjaga setiap peringkat. Aku, Fiqa dan Sharfika pilih untuk bersama senior. Actually bukan pilih pun, kitorang memang antara yang paling senior, so takkan nak join junior pulak kan.. Dan salah satu aktiviti kitorang ialah...berkelah di pantai..

Ye.. Berkelah masa annual camp.. (*-*) Bersinar tak mata??



Peeka bawak khemah, so memang heaven nak tido.. Senior buat acara sukaneka.. Main baling selipar and apa ntah... Kesian ok diorang tak tahu macam mana main baling selipar..

Then ada acara bina istana pasir.. 

Kelakar gila bila ingat balik.. Heaven..heaven.. 


Antara hasil kerja diorang.. Cuba teka yang mana menang?

And untuk rasa macam annual, diorang buat acara sendiri..
Diorang okay yang nak buat..
Bukan kitorng suruh..

Kalau suruh, takde upload kat sini  =p




Malamnya, acara membelasah peringkat lain pulak...

Bukan tido ya kawan2.. Ni menanti untuk di side roll..

side roll je? Sshhh!!

Bagi peringkat senior, kalau masuk hutan akan belajar survival. Bina perkampungan dan peralatan semua.. Nak diorang rasa buat benda2 tu semua, kitorang suruh diorang buat model. Mula-mula masa proses nak bina, nampak macam tak berjaya.. Haha, tak sangka berseni juga budak2 ni.. Dan inilah hasilnya.. Kagum tak??


Acara seterusnya adalah explorace.. Aku rasa ni yang paling best... Tak silap ada 10 check point.. Y.O akan jaga setiap check point dan setiap check point tu akan decide nak bagi task apa kat diorang.. Buat explorace ni kat Bukit Cerakah..

Aku satu group ngan peeka.. Aku rasa kitorang paling baik.. Kitorang bagi soalan teka peribahasa berdasarkan gambar. Masukkan gambar dalam envelope, sembunyikan kat dalam taman.. Suruh diorang pilih warna envelope untuk cari dalam kotak kapas ni.. Kitorg siap letak losyen kat kapas supaya rasa bulu2 ngan sejuk2 sikit.. Masa diorg cabut warna dalam tu, diorg tak boleh tengok dalam  kotak. Just kena hulur tangan je.. Satu lagi syarat, perempuan je yang boleh cabut..

Siap ada yang nangis sbb ingat ada binatang dalam tu.. Bulu2 ngan lembab2.. Hahaha..



Saja bagi diorang fikir sikit.. Tak dapat jawab, kena minum minuman herba rahsia.. Group lain dah lupa diorang buat apa.. Hahaha..

Setiap kali annual camp, last day akan ada acara makan2 BBQ. Jadi, masa makan2 tu ada persembahan.. Aku lupa ni malam bila, diorg buat rehearsal persembahan...


Last day semua bertungkus lumus untuk majlis malam tu. 
Tema orang kampung.. 


Acara kemuncak, potong kek.. Eh, yang tengah tu celebrate apa? Bertunang ke? Hahaha.. Diorg buat majlis untuk birthday bulan Januari. Yang paling senior dapat penghormatan potong kek.. 

Akhir kata, nak ucap tahniah kepada semua kadet kerana berjaya menamatkan Perkhemahan Tahunan 2014. Kepada semua pegawai muda yang bersusah payah dalam perkhemahan ini, korang memang terbaik.. Siap ada group whatsapp Pegawai muda untuk perkhemahan ni.. 

Thank you guys for the wonderful memories. At first, it may not like what I was expected. But at last, the joy, the togetherness and the strength in us that is so beautifully easily created that make the memories last.

And, sadly to say.. As for us, this may be our final annual camp.

No comments:

Post a Comment