Sunday, December 28, 2014

Tahniah Ita!!!!


Assalammualaikum...

Alhamdulillah, tarikh 30.08.2014 mencatatkan momen bersejarah.
Seorang lagi skuad kita menamatkan zaman bujang..
Tahniah Ita!!
We are so happy for you..

Bila Ita beritahu je tarikh dia nikah, masing-masing mula buat plan. Dahlah lama tak jumpa, last kalau x silap masa daki Broga tahun 2010. Lama tu...
*kalau rajin, aku buat entry untuk naik Broga tu ok..

Disebabkan kekangan kerja dan sebagainya, kita tiga orang je yang menjadi wakil. Sebagai orang Johor, haruslah aku menjadi guide nya.. Tapi... Hahaha.. Kalau takde GPS memang tak sampai ye anak-anak.

Rumah Ita kat Parit Ya'ani, Batu Pahat.
Gerak pukul 5.30 pagi dari Shah Alam, sembahyang Subuh kat R&R Seremban, straight je, sampai kat BP pukul 8.30pagi. Kagum gila cepat sampai.


Singgah isi minyak, amik gambar kat cermin.. tu pun nak cite.. Terus misi mencari rumah pengantin bermula. Haha, siap tersalah rumah pengantin. Nasib baik ayah Ita ni famous gak, jadi orang tahulah rumah dia kat mana..

Sampai-sampai je terus ambil gambar kat gerbang pengantin..
Haruslah!!

Masuk je rumah, ramai orang rewang. Kitorang dah segan-segan. Ingat nak join Ita, tengok dia mekap bagi akad nikah, tapi tak dapat nak masuk. Terus je kitorang dijemput makan pagi. Bagai mengantuk disorongkan bantal. 

Bila pintu bilik pengantin dibuka je, apa lagi.. Serbu!!


Cantiknya makcik ni... Dan nak jadikan benda ni best, boleh pulak baju kitorang matching dengan baju nikah dia.. Jadi, nampaklah ala-ala bridesmaid..

Borak-borak sampai rombongan lelaki sampai.

Tak pasti untuk negeri lain. Tapi kalau kat Johor, kadi @ tok imam akan masuk bilik pengantin perempuan bertemankan wali perempuan untuk mendapatkan persetujuan pengantin perempuan untuk dinikahi. Lepas turunkan tanda tangan, pengantin perempuan baru dibawa ke luar bilik dan akad nikah barulah dijalankan.


Alhamdulillah, berjalan lancar. Lepas pengantin lelaki solat sunat, maka lafaz taklik  dibaca oleh pengantin lelaki. Kemudian, pengantin perempuan pula mengaku akan taat setia dan menjaga kehormatan suami dan diri. 

Barulah upacara pembatalan air sembahyang berlangsung.
Lepas selawat, acara bergambar bermula.


Alhamdulillah rezeki sampai awal. Sebenarnya, ingatkan Ita akad nikah malam semalamnya. Tapi rezeki kitorang dapat tengok dia akad nikah.

Matchingkan baju kitorang???

Lepastu ada khatam Qur'an dan pengantin melayan tetamu sekejap sebelum bersanding pukul 2.


Sebab ada hal petang tu, kitorang tak sempat nak tunggu pengantin bersanding. Lepas je Ita bersiap, terus je amik gambar dengan dia kat pelamin.

Cantiknya!! Macam Puteri Raja!!

Nak cepat-cepat pun, sempat juga kitorang kutip tol dari rombongan pengantin lelaki.. Hihihi.. Dan sebagai penutup, bergambar sekali lagi kat pintu gerbang berserta dengan buah tangan.. Terima Kasih banyak-banyak Ita dan keluarga..

Kepada Ita,
Selamat menjalani kehidupan sebagai isteri orang.
Semoga dilimpahi dan dikurniakan nikmat dan rezeki yang mencukupi selalu.
Moga kitorg dapat anak sedara lagi!!!
Hihi..


31 Ogos 2014. Hari Merdeka ke 57.


Kitorang menyambut merdeka di Pontian. Tengok perarakan kemerdekaan. Sama pulak baju Majlis Daerah Pontian (torquise) dengan baju kitorang semalam. Bersemangat masing-masing berarak.

Sebagai penutup lawatan sehari ke Pontian, bawak budak-budak ni pergi Air Terjun Gunung Pulai. 


Hujan. Sejuk. Nasib baik bawak bekal. Dan nasib baik bawak photographer. Hehehe.. 

Petang tu terus balik Shah Alam sebab ada kerja.

Sekejap je datang Pontian. Lainkali kalau datang lama-lama sikit, aku bawa jalan banyak tempat lagi ok?

Kepada yang lain, sila cemburu.


Sekian,

Sayang jauh dari Johor.
XOXO.

Saturday, December 27, 2014

Mess Night Pentauliahan Airforce (ROTU) 2014

Alhamdulillah tahun ni kitorang dapat join mess night lagi sekali. Kalau tahun lepas kitorang dapat tengok sekali pentauliahan, tapi tahun ni kitorang tak pergi. Pentaulihan hari Sabtu, 25 Ogos 2014 kat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Mess Night pula buat kat Subang, esok harinya. Nak pergi, jauh... Jadi kita pergi yang dekat jelah.

Dan seperti tahun lepas, banyak cerita sampingan yang berlaku disebalik cerita utama.

Kitorang hampir terlupa tarikh tauliah sebab masih lagi dalam mood raya dan open house. Nasib baik buat reminder. Nasib baik sedar tu tiga minggu awal, jadi sempat balik rumah amik baju No. 6. Nasib baik confirm balik dengan pegawai yang ikut pentaulihan, sebab dia book kan seat untuk sorang je. Nasib baik sempat nak bayar untuk seat. Nasib baik kursus company Afiqah cancel. Dan Alhamdulillah, nasib baik semua berjalan lancar.

Dengan menjadikan tahun lepas sebagai pengajaran, awal-awal lagi dah book dengan Ojan nak pinjam agulet. Trade tahun lepas pinjam pegawai baru, tahun ni kitorang baru beli. Lalala... Aksesori basically setel, walaupun kelam kabut sikit sebab nak amik aksesori kat rumah Ojan. Tapi kitorang sempat sampai lima belas minit awal untuk rehearsal pukul dua kat Holiday Villa & Suites, Subang.

Sampai-sampai ingatkan dah ramai datang, rupanya tak. Rehearsal postpone pukul 2.30 petang. Jadi marilah kita ambil kesempatan untuk snap gambar. Nanti masa majlis dah tak boleh jalan-jalan dah..


*ni overview dewan. Yang board putih tempat pancaragam. Tengah tu hadiah bagi Best Kadet Akademik. Sebelahnya, skrin layar. Bawah kanan, meja VVIP.


Kalau nak compare, tahun lepas punya kat KK lagi grand. Dewan besar dan hias betul-betul ikut tema. 

Okay, no complain..

Kita teruskan cerita kepada hari kejadian..



Ini adalah seating chart ye kawan2.. Bolehlah try teka kitorang duduk mana.
*hint, dekat laluan karpet merah. Kitorang satu meja tapi jauh-jauh =)


Disebabkan kitorang datang untuk attend Mess Night je, kitorang dapat keje khas.. Jadi LO kepada VVIP.. Korang ada??

Hahaha.. Jadi, dengarlah penerangan dengan betul-betul. Basically LO tu pengiring VVIP. Bila VVIP datang, lead dia ke holding room, then serve dia air + apa2 kudap-kudapan yang ada kat situ. Layan dia borak2, ambik hati dia.

Nasib baik kitorang memang ready dengan pakaian semua. But, dalam pukul 6.15 petang macam tu, ada pegawai baru tersalah bawa baju. Terpaksa patah balik kat Shah Alam dan bersiap kat rumah. Masa nilah pengalaman change parade dipraktikkan. Kitorang sampai balik kat Holiday Villa dalam 7.30 petang. Memang doa je dalam kereta supaya tak jam. Sempat solat, sempat touch up make up.

Majlis mula jam 8.00 petang. Kitorang jejak kat depan dewan pukul 7.45. Baru nak amik nafas, VVIP Afiqah dah sampai. Berdisiplin betul. Then pukul 8.00 lebih baru VVIP lain tiba.


*the holding room*



VVIP lepak kat sini sehingga dipanggil untuk acara bergambar. Lepas tu masuk balik sebelum masuk ke dewan makan. Nanti akan ada LLP minta kebenaran untuk masuk ke dewan makan lapor, barulah pegawai-pegawai baru masuk. Lepas semua masuk, LO pula lapor minta kebenaran masuk dewan. Last sekali baru VVIP masuk. And, diorang lalu yang karpet merah tulah..



...Overall overview...

Kiri aturcara majlis. Sila klik untuk besarkan. Kali ni malas nak cite satu-satu. Sebelah muka surat aturcara majlis tu, lagu rasmi TUDM. Bangga sebab still ingat.. *mana tak ingat, masa kadet, minggu2 nyanyi lagu tu* 

Kanan tu pulak set menu. Kali ni bagus. Sebab dia siap sedia dengan lagu bagi setiap menu. Jadi kita tahulah bila lagu last untuk menu tu. So, xdelah rasa nak cepat-cepat kena habiskan makanan sebab takut tak sempat.


Inilah NYDP malam tu. Tempat dia kat F43. 
*bagi yang x jelas masa baca entry mess nite 2013. Gambar sebelum majlis


Selepas je lampu dimalapkan untuk makan malam dan VVIP duduk, gesekan biola kedengaran. Ini dimainkan oleh pegawai muda PSSTUDM sendiri. Kagum gila.

Lepas je habis, hidangan pertama dimulakan. Sila klik menu diatas dan besarkan kalau nak tahu namanya.


Yang second course mushroom soup. Tapi sebab warna dia agak tak menarik, malas nak amik gambar. Yang bawah sekali tu, main dish. Ayam. Sebelahnya spageti. *punyalah rajin nak explain*



Alhamdulillah, tahun ni masih lagi dapat kedudukan yang srategik. Second last dari belakang. Ni siap suruh orang sebelah, pegawai baru untuk ketepi bagi mengambil gambar band. Hah, yang last sekali tu desert. Nyummy...



And kebetulan yang sebelah kiri tu pula dapat Best Kadet Akademik UUM. Satu-satunya pegawai lelaki yang dapat. Lt M Saddam PSSTUDM. Universiti lain semua perempuan. Hadiah depend pada universiti tu sendiri nak bagi apa. Antara semua, hadiah dia paling besar dan paling grand. Pisau rambo. Cita-cita PASKAU.


Macam biasa, habis je acara.. Gambar Time.

Helmi, skuad kita dari Kota Samarahan. 
Sekarang Pegawai Dalam Latihan kat UNIMAS. 

LT M Kizzy TUDM. Sekarang ni PS3 Latih LLP.
Our skuad dari Samarahan gak.



 Three flowers from our batch.
With Teha, lagi-lagi skuad samarahan.



Bersama best kadet UiTM.


Bersama sebahagian pegawai-pegawai baru.

Ada amik gambar penuh dengan semua pegawai baru tauliah yang hadir.
Tapi bukan gunakan kamera kitorang.
Jadi, tak dapat nak tampal lagi.

Kalau dapat gambar tu dan kalau rajin, akan diupdate entri ni.


Lots of Love.
Till we meet again.
XOXO




Friday, December 26, 2014

Raya 2014

Rasa semenjak tahun lepas,
acara berbuka puasa dah jadi acara tahunan kitorang..

Tapi aku tak dapat nak join tahun ni.
So, tak boleh nak update citer.
Haha..

Dan acara rumah terbuka pun haruslah dikekalkan ya tak?

Mula-mula plan nak buat macam outdoor picnic.
Makan rendang, pakai baju raya tapi berkelah tepi tasik.

Tapi, cuaca kurang baik masa ni.
So, tukar kepada indoor.

Sebab memang rancang nak buat kat Shah Alam,
so second option adalah rumah Afiqah dan Fiza.

Semua bawak makanan.
(aku je yang bawak minuman ;p)

Sebelum makan haruslah selfie..




Lepas semua kenyang, kita buat girl's activity.
Shopping!!

Haha..

Tahun depan kita buat lagi okey..

Thursday, December 25, 2014

Airforce Aspiration Night 2014

Assalammualaikum..

Airforce Aspiration Night.

Majlis yang dibuat untuk meraikan senior sebelum ditauliahkan.
Majlis ni mula dibuat tak silap aku tahun lepas.

Tema : wedding.

Walaupun malam ni untuk meraikan senior,
tapi banyak kitorg je yang melaram..
Haha..




Kitorang sampai awal, sempatlah amik2 gambar.

And sebab paling awal sampai, grup yang yang paling kebuluq.
Bila acara makan dimulakan, semua bangun dari kerusi nak ambil makanan.
Padahal makanan depan mata, tinggal ceduk je.


Dan aku ngan afiqah dapat cabutan bertuah..
(",)\/




Kepada batch 9 PALAPES Udara UiTM Shah Alam,

Terima kasih sebab jemput kitorang.
Pandai korang buat event.
*Thumbs up*

Lastly,

Tahniah berjaya menamatkan alam kadet.
Semoga berjaya dalam segala bidang yang bakal diceburi.
We wish you all the best.

*bunyi akak-akak betul aku punya ucapan*

Wednesday, December 24, 2014

Lagi-lagi reunion

Assalammualaikum..

Hampir terlupa yang ni..
Reunion kecik..
Kali pertama dengan anak2 sedara =)

Kawan-kawan, 
proudly to present our cute and handsome boy, Firas =)



Baik gila Firas.
Dengan semua orang nak..
Senyum2 pulak tu..
Berebut-rebut makcik-makcik semua pegang.
Mak ngan ayah dia lagilah suka..

Ni memang reunion yang tak dirancang..
Sapa free datang, tak free x payah datang.. ;)

GG lah yang request..
Assad datang jauh2 gi Shah Alam, tak kan tak nak jumpa..
Nak tunggu dia datang lagi entah bila..
Ok, its ON.

Masa Danish sampai, semua berebut nak Danish plak..
Tapi Danish manja gila dengan ayah dia..
So kena buat teknik masa nak ambik dia..
Pura-pura tak tengok dia, tapi tangan hulur kat dia, terus dapat pegang..

We are proud aunties..




Danish tarik rambut GG..
Assad amik gambar..

And paling tak sangka, romantik gak skuad lelaki kitorang ni.
Assad buat suprise kat wife dia..
Sweet gila..



Selamat Hari Lahir Liza.
Welcome to the family.

Tak tahu bila lagi nak dapat kumpul mcam ni.

Last sekali, gambar standart reunion..



Geng, jom plan next reunion...

Tuesday, December 23, 2014

Majlis Tn Ilham & Syida

Assalammualaikum..

Majlis perkahwinan Tn Ilham dan Syida.
1.3.14

Selepas majlis Tn Zawir, ini majlis kedua yang aku attend ada sword barrel.
Yang join sword barrel plak junior2 kita.

So guys, enjoy the pics.


Kepada Tn Ilham dan Syida,

semoga berbahagia hingga ke syurga..






Monday, December 22, 2014

Perkhemahan Tahunan PALAPES Udara UiTM 2014

Assalammualaikum...

Perkhemahan Tahunan PALAPES Udara 2014 berlangsung pada 19-30 Jan 2014 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak.

Tiga orang je skuad kita yang hadir. Afiqa, Sharfika dan aku. Afiqa dan Sharfika join kedua-dua minggu latihan.. Aku dapat cuti seminggu je.. Jadi, aku pilih untuk datang masa peringkat hutan. Malas nak join peringkat kem, nanti burn.. Ada kawad semuakan... And peringkat hutan biasa rileks sikit. Lepas dapat task, kita akan dibiarkan untuk siapkan task tu.. Jadi banyaklah masa nak huha huha.. 

Tapi kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan..

Peringkat hutan dibatalkan sebab air sungai ada kencing tikus..

Takde sungai, merana ok dalam hutan.. Takde nak kena rasa ice box segala..

Oleh sebab aku tak join peringkat kem, dah hanya join peringkat hutan plus aku update ni pun bulan Oktober, jadi maybe banyak benda yang aku akan skip.. Hahaha.. 



Ye, nilah je batch kitorang yang datang masa annual peringkat kem.. Seronoknya diorang dapat jumpa...

Bila peringkat hutan dibatalkan, semua universiti balik u masing-masing untuk buat latihan sendiri.. Aku sampai je, diorang tengah bagi-bagi rangsum.. Lepas kitorang pilih yang best-best, terus ada taklimat aktiviti..

Ni merupakan aktiviti annual camp paling relaks pernah aku pergi.. Kalau dulu, masing-masing kalau boleh tak nak pergi annual.. Tapi kalau tak pergi annual, tak boleh tauliah.. So, siapa yang nak keluar baris mostly akan keluar before annual camp.. And sapa je keluar lepas annual camp memanglah sangat rugi.. Dah tahan kena teruk2 masa kat hutan, tapi bila balik U tak tahan pulak.. 

Pegawai dibahagikan untuk menjaga setiap peringkat. Aku, Fiqa dan Sharfika pilih untuk bersama senior. Actually bukan pilih pun, kitorang memang antara yang paling senior, so takkan nak join junior pulak kan.. Dan salah satu aktiviti kitorang ialah...berkelah di pantai..

Ye.. Berkelah masa annual camp.. (*-*) Bersinar tak mata??



Peeka bawak khemah, so memang heaven nak tido.. Senior buat acara sukaneka.. Main baling selipar and apa ntah... Kesian ok diorang tak tahu macam mana main baling selipar..

Then ada acara bina istana pasir.. 

Kelakar gila bila ingat balik.. Heaven..heaven.. 


Antara hasil kerja diorang.. Cuba teka yang mana menang?

And untuk rasa macam annual, diorang buat acara sendiri..
Diorang okay yang nak buat..
Bukan kitorng suruh..

Kalau suruh, takde upload kat sini  =p




Malamnya, acara membelasah peringkat lain pulak...

Bukan tido ya kawan2.. Ni menanti untuk di side roll..

side roll je? Sshhh!!

Bagi peringkat senior, kalau masuk hutan akan belajar survival. Bina perkampungan dan peralatan semua.. Nak diorang rasa buat benda2 tu semua, kitorang suruh diorang buat model. Mula-mula masa proses nak bina, nampak macam tak berjaya.. Haha, tak sangka berseni juga budak2 ni.. Dan inilah hasilnya.. Kagum tak??


Acara seterusnya adalah explorace.. Aku rasa ni yang paling best... Tak silap ada 10 check point.. Y.O akan jaga setiap check point dan setiap check point tu akan decide nak bagi task apa kat diorang.. Buat explorace ni kat Bukit Cerakah..

Aku satu group ngan peeka.. Aku rasa kitorang paling baik.. Kitorang bagi soalan teka peribahasa berdasarkan gambar. Masukkan gambar dalam envelope, sembunyikan kat dalam taman.. Suruh diorang pilih warna envelope untuk cari dalam kotak kapas ni.. Kitorg siap letak losyen kat kapas supaya rasa bulu2 ngan sejuk2 sikit.. Masa diorg cabut warna dalam tu, diorg tak boleh tengok dalam  kotak. Just kena hulur tangan je.. Satu lagi syarat, perempuan je yang boleh cabut..

Siap ada yang nangis sbb ingat ada binatang dalam tu.. Bulu2 ngan lembab2.. Hahaha..



Saja bagi diorang fikir sikit.. Tak dapat jawab, kena minum minuman herba rahsia.. Group lain dah lupa diorang buat apa.. Hahaha..

Setiap kali annual camp, last day akan ada acara makan2 BBQ. Jadi, masa makan2 tu ada persembahan.. Aku lupa ni malam bila, diorg buat rehearsal persembahan...


Last day semua bertungkus lumus untuk majlis malam tu. 
Tema orang kampung.. 


Acara kemuncak, potong kek.. Eh, yang tengah tu celebrate apa? Bertunang ke? Hahaha.. Diorg buat majlis untuk birthday bulan Januari. Yang paling senior dapat penghormatan potong kek.. 

Akhir kata, nak ucap tahniah kepada semua kadet kerana berjaya menamatkan Perkhemahan Tahunan 2014. Kepada semua pegawai muda yang bersusah payah dalam perkhemahan ini, korang memang terbaik.. Siap ada group whatsapp Pegawai muda untuk perkhemahan ni.. 

Thank you guys for the wonderful memories. At first, it may not like what I was expected. But at last, the joy, the togetherness and the strength in us that is so beautifully easily created that make the memories last.

And, sadly to say.. As for us, this may be our final annual camp.